Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

10. Pindaan seksyen 8

Feedback & support

Seksyen 8 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Pemberhentian daripada jawatan”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jika—

(a)

seseorang Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah sesuatu institusi yang ditetapkan menjadi hilang kelayakan menurut kuasa subseksyen 7(1); atau

(b)

seorang pengerusi, pengarah, Ketua Pegawai

Eksekutif atau pegawai kanan sesuatu institusi yang ditetapkan tidak lagi mematuhi mana-mana kriteria yang dinyatakan dalam

Jadual Pertama, dia hendaklah dengan serta-merta terhenti memegang jawatan dan terhenti untuk bertindak atas sifat sedemikian.”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Institusi yang ditetapkan itu hendaklah dengan serta-merta—

(a)

dalam hal perenggan (1)(a), menamatkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah itu; atau

Undang-Undang Malaysia 16

(b)

dalam hal perenggan (1)(b), memecat pengerusi, pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif atau pegawai kanan itu daripada jawatan.

(1b)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam apa-apa kontrak perkhidmatan atau apa-apa perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya,

Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah yang ditamatkan di bawah perenggan (1a)(a) tidak berhak untuk menuntut apa-apa pampasan bagi penamatan itu.”;

(d)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Tertakluk kepada seksyen 123b dan walau apa pun subseksyen (1) dan (1a), Bank, dengan persetujuan

Menteri, boleh mengarahkan institusi yang ditetapkan itu—

(a)

untuk menamatkan pelantikan Ketua Pegawai

Eksekutif atau pengarah yang menjadi hilang kelayakan menurut kuasa subseksyen 7(1);

atau

(b)

untuk memecat Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah yang tidak lagi mematuhi mana-mana kriteria yang dinyatakan dalam

Jadual Pertama, dan institusi yang ditetapkan itu hendaklah mematuhi arahan untuk menamatkan pelantikan orang itu atas sifat sedemikian atau memecat orang itu daripada jawatan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam apa-apa kontrak perkhidmatan atau apa-apa perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya, Ketua

Pegawai Eksekutif atau pengarah yang ditamatkan di bawah perenggan (a) tidak berhak untuk menuntut apa-apa pampasan bagi penamatan itu.”; dan

(e)

dengan memotong subseksyen (4).

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

Report

Penggal 1

Penggal 2

Penggal 3

Penggal 4

Schedules