Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

12. Pindaan seksyen 11

Feedback & support

Seksyen 11 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Pengarah sesuatu institusi yang ditetapkan yang mempunyai kepentingan, langsung atau tidak langsung, dalam suatu transaksi atau perkiraan dengan institusi yang ditetapkan itu, atau dalam apa-apa perkara yang atau akan dipertimbangkan oleh institusi yang ditetapkan itu, hendaklah, seberapa segera yang dapat dilaksanakan, menzahirkan kepada lembaga pengarah institusi yang ditetapkan itu jenis dan takat kepentingannya.”;

(b)

dengan memotong subseksyen (2) dan (4);

(c)

dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan

“Selepas penzahiran telah dibuat dan direkodkan, pengarah itu hendaklah, berhubung dengan perkara itu” dengan perkataan “Sama ada atau tidak penzahiran di bawah subseksyen (1) telah dibuat, pengarah itu hendaklah, berhubung dengan transaksi, perkiraan atau perkara itu”;

dan

(d)

dengan memotong subseksyen (6).

Undang-Undang Malaysia 18

Report

Penggal 1

Penggal 2

Penggal 3

Penggal 4

Schedules