23. Pindaan seksyen 25
Feedback & supportSeksyen 25 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “subsidiari” perkataan “atau pemerolehan atau pemegangan kepentingan material dalam perbadanan”;
Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “Malaysia” perkataan “, atau memperoleh atau memegang apa-apa kepentingan material dalam mana-mana perbadanan”;
dengan memotong subseksyen (2);
dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “subsidiari” perkataan “, atau memperoleh atau memegang apa-apa kepentingan material dalam mana-mana perbadanan,”;
dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4) Tiap-tiap institusi yang ditetapkan hendaklah pada setiap masa mematuhi apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen (3).”;
dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(5) Bank boleh menentukan perkara yang menjadi
“kepentingan material” bagi maksud subseksyen (1)
dan perenggan 26(1)(d).”.