Skip to content

Seksyen 18

Perundingan dengan Kerajaan Negeri

of Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008

ActIn forceProvision 18 of 28
Seksyen 18
(1)

Dalam merumuskan cadangan, objektif, strategi, inisiatif dan langkahnya dalam draf Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai

Timur, Majlis—

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 688

(a)

hendaklah merundingi

Kerajaan

Negeri

Kelantan,

Terengganu, Pahang dan Johor;

(b)

hendaklah memastikan bahawa cadangan, objektif, strategi, inisiatif dan langkah itu pada amnya mematuhi rancangan struktur di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

bagi Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor masing-masing yang sedang berkuat kuasa, sama ada atau tidak telah dilaksanakan; dan

(c)

hendaklah mengambil kira—

(i)

apa-apa maklumat dan pertimbangan lain yang pada pendapat Majlis adalah berkaitan;

(ii)

apa-apa maklumat dan pertimbangan lain yang diarahkan oleh

Kerajaan

Negeri

Kelantan,

Terengganu, Pahang atau Johor supaya diberi perhatian berhubung dengan apa-apa cadangan, objektif, strategi, inisiatif dan langkah yang menyentuh Negeri masing-masing; dan

(iii)

dasar negara dan dasar setiap Negeri masing-masing.

(2)

Mana-mana entiti Kerajaan boleh memberi apa-apa maklum balas berkenaan peranan dan fungsi entiti Kerajaan itu di dalam

Wilayah Ekonomi Pantai Timur kepada Majlis bagi maksud Majlis merumus cadangan, objektif, strategi, inisiatif dan langkah dalam draf

Pelan Induk Rancangan Ekonomi Pantai Timur.

Kelulusan dan menerima pakai Pelan Induk Wilayah Ekonomi