Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2024Read it in English

Bahagian VII · Kewangan

29. Kumpulan Wang

Feedback & support
(1)

Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan

Wang Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur” yang hendaklah ditadbir dan dikawal oleh Majlis adalah ditubuhkan.

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Akta ini dari semasa ke semasa;

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 37

(b)

kesemua wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;

(c)

kesemua wang yang didapati atau dihasilkan daripada apa-apa harta, pelaburan, dana pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Majlis;

(d)

apa-apa harta, pelaburan, dana pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Majlis;

(e)

kesemua wang yang didapati daripada khidmat perundingan dan nasihat dan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Majlis;

(f)

fi, kos, sumbangan dan caj lain yang dikenakan oleh Majlis di bawah Akta ini;

(g)

kesemua jumlah wang atau harta lain, selain jumlah wang yang disebut dalam perenggan 25(2)(b), yang dalam apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Majlis berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa dan kewajipannya;

(h)

apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada Majlis dari semasa ke semasa daripada pinjaman yang dibuat oleh

Majlis;

(i)

jumlah wang yang dipinjam oleh Majlis bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan apa-apa kewajipannya; dan

(j)

kesemua wang lain yang diterima secara sah di sisi undang-undang oleh Majlis.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 688

Report

Bahagian VIII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian IX

Peruntukan Am

Schedules