Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 · Updated to 1 Jan 2024 · Bahagian VIII · Kesalahan dan Penalti
42. Kesalahan kerana tidak menzahirkan kepentingan
Feedback & supportMana-mana anggota
Majlis yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan 6 Jadual Pertama dan mana-mana anggota jawatankuasa dan Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan 6 Jadual Kedua melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.