Skip to content
In forceAmendedUpdated to 1 Jan 2024Read it in English
Contents

Act of Parliament

Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008

Feedback & supportA council to direct development in the east coast economic region

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Majlis Pembangunan

Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Perdana Menteri, selepas berunding dengan Pihak-Pihak Berkuasa

Negeri

Kelantan,

Terengganu,

Pahang dan

Johor, melalui pemberitahuan dalam Warta.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 688

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“anggota” ertinya anggota Majlis yang dilantik di bawah subseksyen 10(1) dan termasuk anggota silih ganti yang dilantik di bawah seksyen 11;

“entiti Kerajaan” ertinya—

(a)

Kerajaan Persekutuan, mana-mana Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan; dan

(b)

mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, bagi Kerajaan Persekutuan, mana-mana Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan, sama ada ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya;

“jawatankuasa” ertinya suatu jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 12;

“Jawatankuasa

Pelaksanaan dan

Penyelarasan”

ertinya

Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan yang dilantik di bawah seksyen 28;

“Ketua Eksekutif” ertinya Ketua Eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 14(1) dan termasuk seorang pegawai yang diarahkan untuk melaksanakan tugas Ketua Eksekutif di bawah subseksyen 14(6);

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pembangunan Wilayah

Ekonomi Pantai Timur yang ditubuhkan di bawah seksyen 29;

“Majlis” ertinya Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai

Timur yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 9

“Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur” ertinya Pelan Induk

Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang disediakan menurut seksyen 17

dan termasuk apa-apa pengubahan kepada Pelan Induk itu;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis yang dilantik di bawah perenggan 10(1)(a);

“Wilayah Ekonomi Pantai Timur” ertinya kawasan yang diisytiharkan di bawah seksyen 4.

(1)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai mengurangkan atau mengehadkan kuasa, fungsi, hak, bidang kuasa, tugas dan tanggungjawab Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan

Johor, dan mana-mana entiti Kerajaan yang lain.

(2)

Peruntukan Akta ini hendaklah dibaca bersama dengan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan

Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, dan mana-mana entiti Kerajaan yang lain dan tidak mengurangkan kuasa, fungsi, hak, bidang kuasa, tugas dan tanggungjawab yang diberi kepada

Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, dan mana-mana entiti Kerajaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis itu.

s 4Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Bagi maksud Akta ini, diisytiharkan suatu kawasan yang hendaklah dikenali secara kolektif sebagai “Wilayah Ekonomi Pantai

Timur” yang terdiri daripada Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Daerah-Daerah Mersing dan Segamat di dalam Negeri Johor.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 688

Bahagian II

Majlis

Bahagian III

Ketua Eksekutif, Pegawai dan Pekhidmat Majlis

Bahagian IV

Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Bahagian V

Arah, Dasar dan Strategi Pembangunan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Bahagian VI

Penyelarasan Antara Entiti Kerajaan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Bahagian VII

Kewangan

Bahagian VIII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian IX

Peruntukan Am

Schedules