Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 · Updated to 1 Jan 2024 · Bahagian IX · Peruntukan Am
47. Penyata, laporan, akaun dan maklumat
Feedback & supportMajlis hendaklah memberi
Perdana
Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang diarahkan oleh
Perdana Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan harta dan aktiviti Majlis sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Perdana Menteri dari semasa ke semasa.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen
,
Majlis hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Perdana Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh
Perdana Menteri, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Majlis sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya.
Laporan di bawah subseksyen (2) hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat berhubungan dengan prosiding dan dasar Majlis sebagaimana yang ditetapkan oleh
Perdana Menteri dari semasa ke semasa.
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 688