Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2024Read it in English

Bahagian II · Majlis

5. Penubuhan Majlis

Feedback & support
(1)

Suatu pertubuhan perbadanan dengan nama

“Majlis

Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur” ditubuhkan.

(2)

Majlis hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan.

(3)

Majlis boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya sendiri.

(4)

Majlis boleh, tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Majlis—

(a)

membuat kontrak;

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa perihalan harta alih dan harta tak alih dan mengunderait atau selainnya memperoleh dan memegang apa-apa sekuriti; dan

(c)

memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, melupuskan, atau selainnya membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih, termasuk sekuriti, atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada

Majlis.

Report

Bahagian III

Ketua Eksekutif, Pegawai dan Pekhidmat Majlis

Bahagian IV

Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Bahagian V

Arah, Dasar dan Strategi Pembangunan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Bahagian VI

Penyelarasan Antara Entiti Kerajaan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Bahagian VII

Kewangan

Bahagian VIII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian IX

Peruntukan Am

Schedules