Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian VIII · Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah
72. Kuasa Menteri untuk menghendaki orang lain untuk mencarum dan mengisytiharkan apa-apa pembayaran atau saraan sebagai upah
Feedback & supportWalau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta—
menghendaki mana-mana orang yang memperoleh pendapatan daripada apa-apa perdagangan, perniagaan atau profesion, atau daripada apa-apa sumber lain sebagaimana yang ditetapkannya, supaya mencarum kepada Kumpulan
Wang;
mengisytiharkan apa-apa jenis pembayaran atau saraan yang dibayar atau kena dibayar oleh mana-mana majikan kepada pekerjanya di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan, sebagai upah, jika Menteri berpuas hati bahawa, memandangkan sifat atau maksud pembayaran atau saraan itu atau apa-apa fakta lain yang berkaitan, pembayaran atau saraan patutlah dalam hal keadaan itu dianggap sebagai upah bagi maksud Akta ini; atau
mengisytiharkan mana-mana orang atau golongan orang yang diambil kerja, yang terlibat atau berkontrak untuk menjalankan kerja dalam mana-mana pekerjaan dalam apa-apa kegiatan pertanian atau perusahaan, kerja binaan, perdagangan, perniagaan atau tempat kerja sebagai pekerja atau pekerja-pekerja dan orang yang mengambil kerja,
100 Undang-Undang Malaysia AKTA 452
terlibat atau berkontrak dengan setiap orang atau golongan orang yang disebut di atas, hendaklah disifatkan sebagai majikan dan majikan dan pekerja itu hendaklah disifatkan telah membuat kontrak perkhidmatan antara satu sama lain dan Menteri boleh memutuskan apa-apa bayaran yang diterima oleh orang yang disebut di atas sebagai upah bagi maksud Akta ini, dan sesudah itu Akta ini hendaklah terpakai bagi orang, majikan atau pekerja itu, mengikut mana yang berkenaan, tertakluk pada apa-apa ubah suaian sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.