Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Jul 2022 · Bahagian VIII · Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah
73. Kuasa Lembaga untuk membuat kaedah-kaedah
Feedback & supportLembaga boleh, sebagai tambahan kepada tugas lain yang dikenakan dan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini, membuat kaedah-kaedah—
untuk mengadakan peruntukan bagi pembayaran segala caruman di bawah Akta ini atau mana-mana bahagiannya, yang tertinggal daripada dibayar;
untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengambilan polisi insurans di bawah Bahagian
VIA, termasuklah tatacara bagi pengambilan polisi insurans;
untuk mengadakan peruntukan bagi penyimpanan buku, akaun atau rekod oleh majikan;
untuk menetapkan penyata yang hendaklah dibuat oleh majikan, dan borang dan daftar yang hendaklah digunakan, dalam melaksanakan mana-mana peruntukan Akta ini;
untuk menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti apabila caruman didepositkan oleh majikan dalam Kumpulan
Wang;
untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemilihan oleh ahli Kumpulan Wang untuk akaun ahli itu diuruskan mengikut Shariah di bawah seksyen 43A dan pengurusan akaun itu;
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 101
untuk memperuntukkan, dalam hal di mana seorang pekerja adalah bekerja secara serentak dengan dua atau lebih majikan, takat kewajipan majikan tersebut ke atas pembayaran caruman di bawah Akta ini;
untuk mengadakan peruntukan bagi mengembalikan caruman, atau mana-mana bahagian caruman itu, yang tersilap dibayar;
untuk menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti bagi maksud penamaan dan pembatalan penamaan, dan butir-butir yang hendaklah dikemukakan;
untuk menetapkan tatacara berhubungan dengan pengeluaran daripada Kumpulan Wang;
untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan lembaga perubatan bagi maksud perenggan 54(1)(c) dan bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang ditetapkan;
untuk menetapkan keterangan yang hendaklah dikemukakan dan orang, pegawai atau pihak berkuasa yang kepadanya keterangan itu hendaklah dikemukakan bagi maksud seksyen 54;
untuk mengadakan peruntukan bagi pelupusan amaun yang tidak dituntut, tidak dibayar atau selainnya masih berada dalam Kumpulan Wang;
untuk menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti bagi pelupusan perkara yang berhubungan dengan akaun majikan dan pekerja;
untuk membuat apa-apa kaedah-kaedah tatatertib sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk mengadakan peruntukan bagi tatatertib pegawai dan pekhidmat Lembaga termasuklah pegawai sementara dan pegawai kontrak Lembaga;
102 Undang-Undang Malaysia AKTA 452
kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat oleh Lembaga di bawah Akta ini bolehlah termasuk peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan dalam gaji atau dalam saraan lain, atau peruntukan bagi penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, akan seseorang pegawai atau pekhidmat
Lembaga sementara menanti keputusan prosiding tatatertib;
kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh
Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian bolehlah meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat;
kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah Akta ini boleh, dalam menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib mengadakan peruntukan bagi peluang untuk representasi dibuat dalam keadaan tertentu oleh orang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil sebelum sesuatu keputusan dicapai oleh pihak berkuasa tatatertib ke atas tuduhan tatatertib yang dikenakan terhadap orang itu;
untuk menetapkan apa-apa yang berhubungan dengan pelaburan di bawah Bahagian IIIA termasuk tatacara bagi pelaburan;
untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemindahan kredit di bawah Bahagian VA termasuk pengeluaran bagi kredit yang dipindahkan;
(Dipotong oleh Akta A1504);
untuk menetapkan apa-apa jua yang boleh ditetapkan oleh
Lembaga di bawah Akta ini.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 103