Seksyen 27
Ketua Pemeriksa boleh membuat perintah dalam hal keadaan tertentu
of Akta Kilang dan Jentera 1967
(1)
Ketua Pemeriksa boleh membuat perintah khas bagi kelakuan dan panduan orang yang diambil kerja dalam mana-mana perkhidmatan yang melibatkan pengurusan atau pengendalian, atau penjagaan, atau kedekatan dengan mana-mana jentera atau proses yang dijalankan di dalam mana-mana kilang yang ternyata padanya perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan mereka.
(2)
Penghuni hendaklah memastikan dengan segala cara yang munasabah bahawa orang yang terdedah kepada bahaya sedar akan
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 139
mana-mana perintah khas yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan orang itu hendaklah mematuhi perintah khas tersebut.
(3)
Bagi maksud subseksyen (2), suatu salinan perintah khas
Ketua Pemeriksa yang dicetak atau ditulis dalam bahasa yang sesuai dan ditampalkan di tempat yang mudah dilihat yang berhampiran dengan jentera atau proses yang dimaksudkan oleh perintah khas tersebut, supaya semua orang yang disebut itu mempunyai akses dan peluang yang bebas untuk membaca perintah khas itu, hendaklah disifatkan menjadi cara yang munasabah.