Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2016Read it in English

Bahagian III · Orang yang Menjaga dan Perakuan Kekompetenan

28. Orang muda

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun orang muda boleh menjalankan kerja yang melibatkan pengurusan, atau penjagaan, atau kedekatan dengan, mana-mana jentera.

(2)

Hendaklah menjadi kewajipan pemunya atau penghuni untuk memastikan bahawa subseksyen (1) dipatuhi.

(3)

Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi orang muda yang berumur tidak kurang daripada empat belas tahun yang menjalani kursus pengajaran di sekolah teknik Kerajaan atau institusi pendidikan lain atau yang berumur tidak kurang dari lima belas tahun sekiranya sedang menjalani perantisan yang diiktiraf.

(4)

Seseorang Pemeriksa boleh menghendaki seseorang pemunya atau penghuni untuk membuat perkiraan yang sesuai dan berkesan untuk mencegah kemasukan orang muda ke dalam premis atau mana-mana bahagiannya yang jentera dipasang:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi lawatan ke kilang yang diaturkan bagi maksud pendidikan yang dalam hal yang demikian segala langkah berjaga-jaga hendaklah diambil untuk memastikan keselamatan orang muda itu.

Kilang dan Jentera 43

Report

Bahagian IV

Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian Berbahaya dan Penyakit Berbahaya

Bahagian V

Notis Menduduki Kilang, dan Pendaftaran dan Penggunaan Jentera

Bahagian VI

Schedules