Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2016Read it in English

Bahagian III · Orang yang Menjaga dan Perakuan Kekompetenan

30. Section 30

Feedback & support
(1)

Bagi maksud Bahagian ini, hendaklah dilantik suatu Panel

Pemeriksa yang terdiri daripada seorang Pengerusi dan mana-mana orang yang ditetapkan.

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 139

(2)

Panel hendaklah mengadakan apa-apa peperiksaan sebagaimana yang ditetapkan dan membuat syor kepada Ketua

Pemeriksa pemberian kepada calon yang berjaya dalam peperiksaan itu, perakuan kekompetenan dalam borang yang ditetapkan.

(3)

Peperiksaan hendaklah dijalankan mengikut arahan Ketua

Pemeriksa berkenaan dengan masa dan tempat peperiksaan hendak diadakan, bentuk dan kandungannya dan cara yang peperiksaan itu akan dijalankan.

(4)

Tiap-tiap perkara yang dirujuk kepada Panel hendaklah ditimbang dan diputuskan oleh Pengerusi dan sekurang-kurangnya seorang anggota Panelnya:

Dengan syarat bahawa Pengerusi boleh membenarkan peperiksaan bagi drebar enjin dijalankan oleh seorang anggota.

(5)

Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan

Panel boleh merayu kepada Ketua Pemeriksa yang hendaklah mengadakan suatu Lembaga Rayuan yang terdiri daripada orang yang ditetapkan.

Report

Bahagian IV

Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian Berbahaya dan Penyakit Berbahaya

Bahagian V

Notis Menduduki Kilang, dan Pendaftaran dan Penggunaan Jentera

Bahagian VI

Schedules