Seksyen 29
Jentera tertentu tidak boleh dikendalikan tanpa kakitangan yang diperakukan
of Akta Kilang dan Jentera 1967
Tiap-tiap penghuni hendaklah memastikan bahawa jentera yang ditetapkan berada di bawah jagaan seorang jurutera, ketua kapal korek atau drebar yang berperakuan tidak dikendalikan kecuali di bawah jagaan jurutera ketua kapal korek atau drebar itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Tiada seorang pun boleh menjaga mana-mana jentera yang ditetapkan di bawah jagaan seorang jurutera, ketua kapal korek atau drebar yang berperakuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, melainkan jika—
(a)
dia memegang perakuan kekompetenan sebagai seorang jurutera, ketua kapal korek atau drebar; atau
(b)
dia mempunyai suatu kuasa bertulis yang dikeluarkan oleh Ketua Pemeriksa.
(3)
Tiap-tiap orang yang memegang suatu perakuan kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah mengeluarkan dan membenarkan perakuan itu diperiksa pada bila-bila masa yang dikehendaki untuk berbuat demikian oleh Pemeriksa.