Skip to content

Seksyen 49

Kuasa Ketua Pemeriksa

of Akta Kilang dan Jentera 1967

ActIn forceProvision 58 of 70
Seksyen 49

Jika Ketua Pemeriksa berpuas hati berkenaan dengan mana-mana kilang tertentu atau bahagiannya atau apa-apa proses tertentu bahawa apa-apa kehendak mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini tidak perlu, setelah mengambil kira semua hal keadaan, dipatuhi atau pematuhan kepada kehendak itu semunasabahnya tidak dapat dilaksanakan, dia boleh dengan perakuan bertulis, yang dia boleh selepas notis itu sebagaimana yang dianggapnya munasabah dalam hal keadaan itu membatalkan, mengecualikan kilang atau bahagian atau proses daripada mematuhi kehendak itu tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam perakuan tersebut.