Factories and Machinery Act 1967 · Updated to 1 Aug 2016 · Bahagian VI
52A. Kuasa untuk mengkompaun kesalahan
Feedback & supportKetua Pemeriksa atau mana-mana Timbalan Ketua
Pemeriksa atau mana-mana Pemeriksa Kanan yang dilantik di bawah subseksyen 4(1) boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaunkan mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang boleh dihukum di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Ketua Pemeriksa atau mana-mana Timbalan Ketua Pemeriksa atau mana-mana Pemeriksa Kanan boleh, dalam hal yang difikirkannya layak dan sesuai untuk berbuat demikian, mengkompaunkan sesuatu kesalahan dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Ketua
Pemeriksa atau Timbalan Ketua Pemeriksa atau Pemeriksa Kanan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, sejumlah wang yang dinyatakan dalam tawaran itu, yang tidak boleh melebihi lima puluh peratus daripada jumlah maksimum denda itu (termasuk denda harian, jika ada, dalam hal kesalahan yang berterusan) yang orang itu akan bertanggungan jika dia disabitkan atas kesalahan itu.
Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam tempoh lanjutan yang boleh diberikan oleh Ketua Pemeriksa atau Timbalan Ketua Pemeriksa atau Pemeriksa Kanan, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen
tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.
Apa-apa wang yang dibayar kepada Ketua Pemeriksa atau
Kilang dan Jentera 63
Timbalan Ketua Pemeriksa atau Pemeriksa Kanan di bawah subseksyen (2) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.