Seksyen 48
Fi
of Akta Kilang dan Jentera 1967
ActIn forceProvision 57 of 70
Seksyen 48
(1)
Semua fi yang kena dibayar di bawah Akta ini hendaklah dibayar mengikut cara dan dalam tempoh yang ditetapkan.
(2)
Apa-apa fi yang kena dibayar dan genap masa kepada
Kerajaan di bawah Akta ini hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada dan boleh didapatkan oleh Kerajaan.
(3)
Apa-apa fi yang kena dibayar dan genap masa kepada orang berlesen di bawah Akta ini hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada dan boleh didapatkan oleh orang berlesen.