Skip to content

Seksyen 57

Jika ternyata pada Menteri bahawa dalam mana-mana kilang atau kelas atau perihal kilang—

of Akta Kilang dan Jentera 1967

ActIn forceProvision 68 of 70
Seksyen 57

(a)

kes penyakit telah berlaku yang dia ada sebab untuk mempercayai mungkin disebabkan oleh jenis proses atau keadaan kerja lain;

(b)

kemungkinan ada risiko kemudaratan kepada kesihatan orang yang diambil kerja dalam mana-mana proses; atau

(c)

orang yang berumur di bawah lapan belas tahun adalah, atau hampir diambil kerja dalam kerja yang mungkin menyebabkan risiko kemudaratan kepada kesihatan, dia boleh membuat peraturan-peraturan yang menghendaki perkiraan dibuat bagi pengawasan perubatan atau penyediaan rawatan perubatan bersifat pencegahan bagi orang, atau mana-mana kelas orang, yang diambil kerja di kilang itu atau kelas atau perihalan kilang yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan itu.

Pemansuhan