Skip to content

Seksyen 16

Penerimaan draf pelan tempatan

of Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982

ActIn forceProvision 16 of 66
Seksyen 16

(1)

Selepas tamat tempoh yang diberikan untuk membuat bantahan terhadap atau representasi berkenaan dengan draf pelan tempatan atau, jika bantahan dan representasi itu telah dibuat dengan sewajarnya dalam tempoh itu selepas menimbangkan bantahan atau representasi itu, Datuk Bandar dengan kelulusan Menteri boleh, tertakluk kepada subseksyen (2) menerima pelan itu sama ada sebagaimana disediakan pada mulanya atau sebagaimana diubahsuaikan dengan tujuan untuk mengambil kira bantahan dan representasi itu atau apa-apa perkara yang berbangkit daripadanya, dan dengan itu pelan tersebut hendaklah berkuat kuasa.

(2)

Datuk Bandar hendaklah menyebabkan fakta penerimaannya mengenai suatu draf pelan tempatan disiarkan dalam Warta dan dalam akhbar tempatan sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk

Bandar, dan tempat atau tempat-tempat di mana salinan pelan itu boleh diperiksa dan di mana salinan itu boleh dibeli dengan membayar fi yang ditetapkan.