Skip to content

Seksyen 18

Penggantungan pelan pembangunan oleh Menteri

of Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982

ActIn forceProvision 18 of 66
Seksyen 18

(1)

Menteri boleh mengikut kehendaknya sendiri atau atas syor Datuk Bandar dan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta dan mana-mana akhbar tempatan sebagaimana yang ditentukan olehnya menggantung pelan pembangunan atau sebahagian daripadanya bagi apa-apa tempoh dan berkenaan dengan kawasan dalam Wilayah Persekutuan sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Menteri jika dia berpuas hati bahawa dengan memberi perhatian kepada hal keadaan yang istimewa adalah suai manfaat berbuat demikian.

(2)

Jika Menteri membuat sesuatu perintah di bawah subseksyen (1), dia boleh mengadakan peruntukan dalam perintah itu bagi membuat apa-apa penyesuaian atau pengubahsuaian kepada peruntukan Akta ini sebagaimana yang perlu untuk menyelaraskannya dengan penggantungan pelan pembangunan atau mana-mana bahagian daripada pelan itu bagi kawasan yang berkenaan dengannya penggantungan itu berkaitan.

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 29