Skip to content

Seksyen 17

Perubahan, pemansuhan dan penggantian pelan tempatan

of Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982

ActIn forceProvision 17 of 66
Seksyen 17
(1)

Datuk Bandar boleh pada bila-bila masa membuat cadangan untuk mengubah, menambah, menyemak, memansuh atau

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 267

menggantikan keseluruhan atau sebahagian daripada pelan tempatan itu.

(2)

Tanpa menyentuh subseksyen (1), Datuk Bandar hendaklah jika Menteri memberi arahan bagi maksud itu berkenaan dengan sesuatu pelan tempatan, dengan seberapa segera yang praktik menyediakan cadangan dari jenis yang dinyatakan dalam arahan itu, iaitu cadangan untuk mengubah, menambah, menyemak, memansuh atau menggantikan keseluruhan atau sebahagian daripada pelan tempatan itu.

(3)

Subseksyen 13(6) dan seksyen 14, 15 dan 16 hendaklah terpakai berhubungan dengan membuat cadangan untuk mengubah, menambah, menyemak, memansuh atau menggantikan keseluruhan atau sebahagian daripada pelan tempatan itu.