Skip to content

Seksyen 9

Penyiaran notis awam mengenai draf pelan struktur yang diluluskan

of Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982

ActIn forceProvision 9 of 66
Seksyen 9

(1)

Selepas sahaja draf pelan struktur diluluskan oleh Menteri,

Datuk Bandar hendaklah menyiarkan suatu notis awam dalam Warta dan dalam mana-mana akhbar tempatan sebagaimana ditentukan oleh

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 23

Datuk Bandar mengenai kelulusan draf pelan struktur itu dengan atau tanpa pindaan atau ubah suaian dan tempat atau tempat-tempat di mana salinan pelan itu boleh diperiksa dan di mana salinan itu boleh dibeli dengan membayar fi yang ditetapkan.

(2)

Dari tarikh penyiaran notis awam dalam Warta di bawah seksyen ini, pelan struktur itu sebagaimana disiarkan hendaklah mula berkuat kuasa.