Akta Makanan Haiwan 2009 · Updated to 1 Sep 2019 · Bahagian III · Pelesenan
10. Permohonan dan pengeluaran lesen
Feedback & supportSesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen untuk mengimport makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan hendaklah dibuat kepada Lembaga—
mengikut cara yang ditentukan oleh Lembaga; dan
dengan mengemukakan bersama dengan permohonan itu apa-apa maklumat, butiran atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga.
Jika sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen diluluskan, lesen itu hendaklah dikeluarkan atas nama pemohon lesen itu apabila fi yang ditetapkan dibayar dan Lembaga boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya perlu.
Sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah, melainkan jika digantung atau dibatalkan, sah bagi suatu tempoh yang habis tempohnya tidak lewat daripada penghujung tahun kalendar lesen itu bermula, dan hendaklah tamat apabila habis tempoh itu.
Makanan Haiwan 15