Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2019Read it in English

Bahagian III · Pelesenan

11. Keengganan untuk mengeluarkan lesen

Feedback & support

Lembaga tidak boleh mengeluarkan suatu lesen untuk mengimport makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan di bawah Akta ini—

(a)

jika negara asal yang darinya makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan itu akan diimport tidak diketahui;

(b)

jika spesifikasi makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan itu tidak diperuntukkan atau tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan;

(c)

jika Lembaga mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan yang akan diimport itu tercemar atau berkemungkinan membawa penyakit dan menyebabkan kesihatan haiwan atau manusia terjejas; atau

(d)

jika mana-mana lesen atau perakuan lain yang perlu bagi pengimportan sebagaimana yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain tidak diperoleh.

Report

Bahagian IV

Spesifikasi Makanan Haiwan dan Syarat bagi Penyimpanan, Penstoran, Pembungkusan, Pelabelan dan Pengangkutan yang Sepatutnya

Bahagian V

Kawalan Penggunaan Antibiotik, Hormon dan Bahan Kimia Lain

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII