Akta Makanan Haiwan 2009 · Updated to 1 Sep 2019 · Bahagian III · Pelesenan
12. Pembaharuan lesen
Feedback & supportPemegang lesen boleh memohon untuk memperbaharui lesen tidak lewat daripada tiga puluh hari sebelum tarikh habis tempoh lesen itu—
mengikut cara yang ditentukan oleh Lembaga; dan
dengan mengemukakan bersama dengan permohonan itu apa-apa maklumat, butiran atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga.
Apabila sesuatu permohonan untuk memperbaharui lesen diluluskan oleh Lembaga, lesen itu hendaklah diperbaharui apabila fi yang ditetapkan dibayar, dan Lembaga boleh mengubah terma dan syarat lesen itu atau mengenakan terma dan syarat tambahan.
Undang-Undang Malaysia 16
Lembaga boleh enggan untuk memperbaharui sesuatu lesen jika pemegang lesen—
tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau
tidak mematuhi apa-apa terma atau syarat lesen.