Akta Makanan Haiwan 2009 · Updated to 1 Sep 2019 · Bahagian III · Pelesenan
15. Rayuan kepada Menteri
Feedback & support(1)
Mana-mana orang yang terkilan dengan keengganan
Lembaga untuk mengeluarkan atau memperbaharui mana-mana lesen, atau dengan penggantungan atau pembatalan mana-mana lesen, boleh merayu kepada Menteri mengikut cara yang ditetapkan terhadap keengganan, penggantungan atau pembatalan itu dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keengganan, penggantungan atau pembatalan itu.
(2)
Menteri boleh, selepas menimbangkan rayuan itu, membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut dan perintah itu adalah muktamad.