Akta Makanan Haiwan 2009 · Updated to 1 Sep 2019 · Bahagian III · Pelesenan
13. Lesen tidak boleh dipindah milik
Feedback & support(1)
Sesuatu lesen untuk mengimport makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan yang dikeluarkan di bawah
Akta ini tidak boleh dipindah milik.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau mana-mana orang yang menggunakan lesen orang lain melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.