(1)
Maka hendaklah dikeluarkan kepada setiap Pegawai Penguat
Kuasa suatu kad kuasa yang hendaklah ditandatangani oleh Menteri.
(2)
Apabila seseorang Pegawai Penguat Kuasa menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).