Skip to content

Seksyen 33

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

of Akta Penapisan Filem 2002

ActIn forceProvision 33 of 56
Seksyen 33

Apabila seseorang Pegawai Penguat Kuasa atau pegawai polis mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang

Penapisan Filem 23

dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan mungkin dijumpai di dalam atau di mana-mana tempat atau premis atau pada mana-mana orang, di dalam mana-mana kenderaan, vesel atau alat pengangkutan dan bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh waran di bawah seksyen 32 matlamat penggeledahan mungkin terkecewa, dia boleh, tanpa waran, dengan apa-apa bantuan dan kekerasan sebagaimana yang perlu—

(a)

memasuki dan menggeledah tempat itu atau premis itu;

(b)

memberhentikan dan memeriksa orang, kenderaan, vesel atau alat pengangkutan itu; dan

(c)

menyita apa-apa filem atau bahan publisiti filem atau benda lain yang mungkin ditemui dan boleh menjadi keterangan tentang pelakuan kesalahan itu.