Akta Penapisan Filem 2002 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VI
42. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan
Feedback & supportTiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain yang disita pada menjalankan atau berupa sebagai penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.