Seksyen 38
Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes
Seseorang Pegawai Penguat Kuasa yang membuat siasatan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini boleh, melalui perintah bertulis, menghendaki mana-mana orang yang pada hemat Pegawai Penguat Kuasa itu mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.
(2)
Jika mana-mana orang enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen
(1)
, Pegawai Penguat Kuasa itu boleh melaporkan keengganannya itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah itu.