Akta Perkhidmatan Bomba 1988 · Updated to 1 Apr 2023 · Bahagian IV · Air dan Pili Bomba
23. Notis bagi kerja yang menjejaskan pili bomba
Feedback & supportTiada seorang pun, selain pihak berkuasa air dan ejennya, boleh memulakan atau menjalankan, atau membenarkan atau mengarahkan permulaan atau penjalanan, apa-apa kerja yang menjejaskan mana-mana pili bomba atau aliran air kepadanya melainkan jika dia telah memberikan notis bertulis mengenai cadangan atau niat untuk menjalankan kerja itu kepada Pengarah
Negeri yang berkenaan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum kerja itu dimulakan:
Undang-Undang Malaysia 28
Dengan syarat bahawa dalam hal kecemasan, jika tidak praktik untuk memberikan notis itu dalam masa yang dikehendaki, peruntukan ini hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika notis itu diberikan dengan seberapa segera yang mungkin selepas kejadian itu.
Semua pili bomba hendaklah ditentukan supaya berada dalam keadaan baik apabila apa-apa kerja yang dijalankan oleh mana-mana orang di bawah subseksyen (1) disiapkan.
Apa-apa kerja yang berhampiran dengan atau di sekitar pili bomba yang menjejaskan laluan ke pili bomba itu, kedudukan pili bomba itu berhubung dengan tepi jalan yang sedia ada, atau penjajaran alur keluarnya dengan paras jalan hendaklah disifatkan sebagai kerja yang menjejaskan pili bomba.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan.
Kewajipan pihak berkuasa air untuk memberitahu Pengarah