Akta Perkhidmatan Bomba 1988 · Updated to 1 Apr 2023 · Bahagian IV · Air dan Pili Bomba
26. Penyembunyian dan penyalahgunaan pili bomba
Feedback & supportMana-mana orang yang menutup, mengepung atau menyembunyikan mana-mana pili bomba hingga menjadikan tempatnya sukar ditentukan, atau mengganggu mana-mana pili bomba, atau menggunakan pili bomba selain bagi maksud menentang kebakaran melakukan suatu kesalahan.