Seksyen 33
Kuasa mahkamah untuk mengarahkan pembatalan lesen atau permit
Jika mana-mana orang dipertuduh dan didapati bersalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang mungkin dikenakan, memerintahkan supaya dibatalkan mana-mana lesen atau permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang berhubungan dengannya kesalahan itu telah dilakukan.
(2)
Jika mana-mana orang yang berhubungan dengannya sesuatu lesen atau permit telah dikeluarkan di bawah Akta ini dipertuduh dan didapati bersalah melakukan kesalahan kali kedua atau kesalahan yang
Perikanan 43
berikut di bawah Akta ini, mahkamah hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang mungkin dikenakan, memerintahkan supaya orang itu hilang kelayakannya daripada memegang sesuatu lesen atau permit di bawah Akta ini selama tempoh tidak melebihi lima tahun, dan orang itu adalah bersalah melakukan suatu kesalahan jika dia memperoleh atau cuba memperolehi apa-apa lesen atau permit di bawah Akta ini semasa dia hilang kelayakan itu.
Mahkamah boleh mengarahkan supaya dilucut hak vesel yang disita, dsb., dalam hal keadaan tertentu