Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2019Read it in English

Bahagian VI · Kesalahan

35. Anggapan mengenai peta, pelan atau carta yang dibuat dengan kuasa Kerajaan

Feedback & support
(1)

Bagi maksud

Akta ini, mahkamah hendaklah menganggapkan bahawa peta, pelan atau carta yang berupa sebagai dibuat dengan kuasa—

(a)

Kerajaan Persekutuan;

(b)

Kerajaan mana-mana Negeri dalam Malaysia; atau

(c)

Kerajaan sesuatu “Negeri” sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Zon Eksklusif 1984 dan diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana

Negeri dalam Malaysia untuk kegunaan, telah dibuat sedemikian rupa dan adalah tepat.

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(c), suatu perakuan yang dikeluarkan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi ukur dan

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

pemetaan atau Menteri yang bertanggungjawab bagi pertahanan yang menyatakan bahawa sesuatu peta, pelan atau carta telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, dalam apa-apa prosiding undang-undang, menjadi bukti muktamad mengenai fakta yang dinyatakan sedemikian.

Report

Bahagian VII

Penyu dan Perikanan Darat

Bahagian VIII

Akuakultur

Bahagian IX

Taman Laut dan Rizab Laut

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Peruntukan Am