Skip to content

Seksyen 32

of Akta Perikanan 1985

ActIn forceProvision 33 of 69

Seksyen 32

(1)

Walau apa pun undang-undang bertulis yang berlawanan, apa jua kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini hendaklah disifatkan telah dilakukan di Malaysia bagi maksud memberi bidang kuasa kepada mahkamah untuk membicarakan kesalahan itu, dan Mahkamah

Sesyen atau Mahkamah Majistret Kelas Satu adalah setiap satunya mempunyai bidang kuasa dan kuasa penuh bagi semua maksud di bawah Akta ini.

(2)

Subseksyen (1) tidaklah boleh diertikan sebagai mengurangkan dengan apa jua cara bidang kuasa dan kuasa Mahkamah Tinggi untuk membicarakan sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

(3)

Apa-apa prosiding di bawah Akta ini hendaklah dibawa ke hadapan Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret Kelas Satu yang paling dekat dengan tempat di mana kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan atau yang terletak di tempat yang paling mudah untuk dibicarakan mengikut hal keadaan kes itu, sebagaimana yang ditentukan oleh Pendakwa Raya.

(4)

Seksyen ini adalah dengan tidak menyentuh peruntukan Kanun

Tatacara Jenayah [Akta 593] berhubung dengan pemindahan kes.