Skip to content
In forceAs enacted

10a. Section 10a

Feedback & support
(1)

Tiada pemunya, nakhoda atau anggota kru mana-mana vesel penangkapan ikan tempatan boleh—

(a)

mendaratkan apa-apa ikan di mana-mana pangkalan atau pelabuhan di dalam atau di luar

Malaysia selain pangkalan atau pelabuhan Malaysia yang dinyatakan dalam lesen yang dikeluarkan berkenaan dengan vesel penangkapan ikan tempatan itu;

(b)

memunggah atau mengambil bekalan, bahan api atau umpan di mana-mana pangkalan atau pelabuhan di dalam atau di luar

Malaysia selain pangkalan atau pelabuhan Malaysia yang dinyatakan dalam lesen yang dikeluarkan berkenaan dengan vesel penangkapan ikan tempatan itu;

Undang-Undang Malaysia 14

(c)

menjalankan aktiviti pindah kapal di perairan perikanan Malaysia atau di laut lepas dalam apa-apa hal keadaan selain aktiviti yang dilesenkan di bawah Akta ini;

atau

(d)

menjalankan penyelenggaraan atau pembaikan vesel di luar perairan perikanan Malaysia, melainkan jika orang itu memperoleh kelulusan bertulis daripada Ketua

Pengarah.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.”.

Report