8. Pindaan seksyen 6
Feedback & supportSeksyen 6 Akta ibu dipinda—
dalam teks bahasa kebangsaan, dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan “Persediaan” dengan perkataan “Penyediaan”;
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Ketua Pengarah hendaklah menyediakan dan membuat semakan secara berterusan rancangan perikanan berdasarkan maklumat saintifik terbaik yang ada dan dirancangkan untuk memastikan penggunaan sumber
Perikanan (Pindaan)
11
perikanan secara mampan, yang konsisten dengan prinsip pemuliharaan dan pengurusan yang bertanggungjawab dan pengelakan penangkapan ikan yang berlebihan, dan mengikut keseluruhan dasar negara, rancangan dan program pembangunan.”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Ketua Pengarah boleh membangunkan apa-apa pelan pembangunan dan pengurusan perikanan mengikut rancangan perikanan.
Penyediaan rancangan perikanan dan pelan pembangunan dan pengurusan perikanan boleh melibatkan rundingan dengan pihak berkepentingan sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Ketua Pengarah.”; dan
dalam subseksyen (3)—
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “kemajuan” dengan perkataan “pembangunan”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan
“rancangan-rancangan perikanan” perkataan
“dan pelan pembangunan dan pengurusan perikanan”.