Seksyen 10A
Rekod aktiviti
ActIn forceProvision 14 of 65
Seksyen 10A
(1)
Tiap-tiap orang yang menjalankan apa-apa aktiviti di dalam zon bebas yang mempunyai dalam milikannya dokumen dan rekod mengenai aktiviti pengimportan, pengeksportan atau pengilangan barang, hendaklah menyimpan bagi tempoh tujuh tahun semua dokumen dan rekod yang berhubungan dengan aktiviti itu.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.