Skip to content

Seksyen 9

Penalti

of Akta Zon Bebas 1990

ActIn forceProvision 12 of 65
Seksyen 9
(1)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen 5, 6A atau 8

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

bagi kesalahan pertama, dikenakan denda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda nilai barang itu atau lima puluh ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda nilai barang itu atau lima ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan

(b)

bagi kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya, dikenakan denda tidak kurang daripada dua puluh kali ganda nilai barang itu atau satu ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, dan tidak lebih daripada empat puluh kali ganda nilai barang itu atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

(2)

Jika nilai barang di bawah subseksyen (1) tidak dapat ditentukan, penaltinya bolehlah bersamaan dengan suatu jumlah tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.