Akta Zon Bebas 1990 · Updated to 15 Dec 2025 · Bahagian II · Aktiviti yang Dibenarkan dalam Zon Bebas
8. Section 8
Feedback & support(1)
Barang yang dikilang dalam suatu zon perindustrian bebas tidak boleh dibawa keluar dari zon itu kecuali—
(a)
untuk eksport; atau
(b)
dengan kelulusan Pihak Berkuasa dan selepas berunding dengan Ketua Pengarah dan, tertakluk pada syarat-syarat yang boleh dikenakan, bagi pemindahan barang-barang itu ke suatu zon perdagangan bebas.
(2)
(Dipotong oleh Akta 557).
(3)
(Dipotong oleh Akta 557).
(4)
Barang yang dikilang dalam suatu zon perindustrian bebas tidak boleh, tanpa kebenaran bertulis seorang pegawai kastam yang hak yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pengarah Kastam dan Eksais, dipakai atau digunakan dalam zon tersebut.