Skip to content

Seksyen 11

Barang yang dibenarkan ke dalam zon perindustrian bebas

of Akta Zon Bebas 1990

ActIn forceProvision 15 of 65
Seksyen 11
(1)

Tertakluk pada Akta ini, barang daripada apa-apa jenis yang akan digunakan secara langsung untuk pengilangan barang lain atau barang yang dikilangkan di mana-mana bahagian kawasan utama kastam yang adalah untuk eksport bolehlah dibawa ke dalam suatu zon perindustrian bebas.

(2)

Menteri boleh, dalam mana-mana hal tertentu, membenarkan

Zon Bebas 17

barang, selain barang yang disebut dalam subseksyen (1), dibawa ke dalam zon perindustrian bebas bagi mana-mana aktiviti yang dibenarkan olehnya dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan.