Skip to content
In forceUpdated to 15 Dec 2025Read it in English

Bahagian II · Aktiviti yang Dibenarkan dalam Zon Bebas

5. Urusan mengenai atau pelupusan barang dalam suatu zon bebas

Feedback & support
(1)

Melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan di bawahnya, tiada seorang pun boleh berurusan dengan atau selainnya melupuskan apa-apa barang dalam suatu zon bebas.

(2)

Tertakluk pada peruntukan Akta ini, barang dalam suatu zon bebas bolehlah—

(a)

dipindahkan dari zon bebas itu untuk eksport atau dihantar ke dalam suatu zon bebas yang lain sama ada dalam bungkusan asal atau selainnya;

(b)

melainkan jika diarahkan selainnya oleh Pihak Berkuasa—

(i)

disimpan, dijual, dipamer, dipecah-pecahkan, dibungkus semula, dipasang, diedarkan, disisihkan, digredkan, dibersihkan, dicampur, atau selainnya dimanipulasi atau dikilang mengikut peruntukan Akta ini, atau

(ii)

dimusnahkan;

12

Undang-Undang Malaysia

(c)

dengan kelulusan Pihak Berkuasa, dan tertakluk pada syarat-syarat yang boleh dikenakan olehnya dihantar ke dalam mana-mana bahagian kawasan utama kastam dalam bungkusan asal atau selainnya dengan syarat bahawa Pihak Berkuasa hendaklah berunding dengan Ketua Pengarah sebelum pemindahan barang itu dibenarkan.

(3)

Peruntukan seksyen ini tidaklah terpakai kepada barang yang dikecualikan oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen 6(1).

Report

Bahagian III

Fungsi Tertentu Pihak Berkuasa

Bahagian IV

Kesalahan, Penalti, Penggeledahan, Penyitaan, Tangkapan dan Peruntukan Mengenai Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian V

Peruntukan Pelbagai

Bahagian VI

Schedules