Seksyen 10
Hadiah untuk maklumat
ActIn forceProvision 10 of 24
Seksyen 10
Dalam hal sesuatu sabitan yang melibatkan denda, mahkamah yang mengenakan denda itu boleh, atas permohonan pegawai yang menjalankan pendakwaan, mengarahkan supaya dibayar kepada orang yang memberikan maklumat yang membawa kepada sabitan itu apa-apa bahagian denda itu tetapi tidak melebihi setengah daripada denda itu mengikut apa-apa perkadaran yang difikirkan patut oleh mahkamah itu.