Skip to content

Seksyen 7

Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes

of Akta Bekalan Gas 1993

ActIn forceProvision 7 of 24
Seksyen 7
(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah seksyen 6 boleh melalui perintah secara bertulis menghendaki mana-mana orang yang kelihatan pada pegawai diberi kuasa itu mengetahui hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.

Bekalan Gas 15

(2)

Jika mana-mana orang itu tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan ketidakhadiran itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan saman untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang disebut terdahulu itu.