Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian IV · Pendaftaran Petunjuk Geografi

12. Permohonan untuk mendapatkan pendaftaran

Feedback & support
(1)

Sesuatu permohonan bagi pendaftaran sesuatu petunjuk geografi hendaklah difailkan dengan Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah menyatakan—

(a)

nama, alamat dan kerakyatan orang sebenar atau entiti undang-undang yang memfailkan permohonan itu, dan atas sifat apa pemohon membuat permohonan untuk pendaftaran itu;

(b)

petunjuk geografi yang baginya pendaftaran itu diminta;

(c)

kawasan geografi yang baginya petunjuk geografi itu terpakai;

(d)

barang yang baginya petunjuk geografi itu terpakai;

(e)

kualiti, reputasi atau ciri lain barang yang baginya petunjuk geografi itu digunakan; dan

(f)

apa-apa butir lain sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

Report

Bahagian V

Kuasa-Kuasa Lain Pendaftar

Bahagian VI

Peruntukan Khas

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules