Akta Petunjuk Geografi 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Pendaftaran Petunjuk Geografi
14. Bangkangan terhadap permohonan untuk mendapatkan pendaftaran
Feedback & supportMana-mana orang yang berkepentingan boleh, dalam masa dua bulan dari tarikh pengiklanan sesuatu permohonan untuk mendapatkan pendaftaran, memberikan notis kepada Pendaftar dan
Petunjuk Geografi 13
pemohon mengenai niatnya untuk membangkang permohonan itu atas alasan bahawa petunjuk geografi yang hendak didaftarkan oleh pemohon—
tidak termasuk dalam pengertian takrif “petunjuk geografi”
di bawah Akta ini;
adalah bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral;
tidak lagi dilindungi atau telah terhenti dilindungi di negara asalnya; atau
tidak digunakan lagi di negara asalnya.
Notis hendaklah diberikan secara bertulis mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah mengandungi suatu pernyataan mengenai alasan bagi bangkangan itu.