Akta Petunjuk Geografi 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Pendaftaran Petunjuk Geografi
15. Jawapan daripada pemohon
Feedback & support(1)
Dalam masa dua bulan selepas menerima notis mengenai bangkangan itu pemohon hendaklah menghantar suatu jawapan kepada Pendaftar dan pembangkang itu, mengikut cara yang ditetapkan, mengenai alasan bagi permohonannya untuk mendapatkan pendaftaran.
(2)
Jika pemohon gagal untuk memberikan jawapan kepada bangkangan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen
(1)
atau, jika tempoh itu telah dilanjutkan oleh Pendaftar, dalam tempoh tambahan itu, pemohon hendaklah disifatkan tidak lagi mahu meneruskan permohonannya untuk mendapatkan pendaftaran.