Akta Petunjuk Geografi 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Pendaftaran Petunjuk Geografi
18. Rayuan kepada Mahkamah
Feedback & support(1)
Dalam apa-apa rayuan di bawah subseksyen 16(6),
Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak, membuat perintah supaya—
(a)
petunjuk geografi itu didaftarkan;
(b)
petunjuk geografi itu didaftarkan tertakluk kepada apa-apa ubahsuaian yang tidak dalam apa-apa cara menjejaskan identiti petunjuk geografi itu secara substansial; atau
(c)
petunjuk geografi itu tidak didaftarkan.
(2)
Jika Mahkamah membuat suatu perintah di bawah perenggan
(1)
(a)
atau (b), maka Pendaftar hendaklah mendaftarkan petunjuk geografi itu sebagaimana yang dikehendaki dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada pemohon dalam bentuk yang ditetapkan.